Tajuk / Title : Senja Merah
Pelakon / Starring
: Latiff Ibrahim, Jamaliah Arshad, Yusof Haslam, Faizal Hussein
Genre : Drama
Format : DVD All NTSC
Pengarah / Director: Hussein Abu Hassan
Penerbit / Producer:
Synopsis :
Madmud adalah seorang hartawan kilang papan. Sejak kematian isterinya, dia tinggal bersama anaknya, Anuar
dan anak angkatnya, Mira. Setelah kian lama menduda, akhirnya Mahmud berkahwin dengan seorang dengan seorang
janda beranak satu, Zubaidah yang bekerja sebagai pengusaha restoran. Baharum, anak Zubaidah berkawan dengan
Mira sejak kecil lagi.
Apabila dewasa, perhubungan mereka bertambah erat serta saling cinta-menyintai. Anuar tidak menyenangi perhubungan
itu kerana khuatir harta ayahnya akan jatuh ke tangan mereka berdua. Sebelum berangkat ke Mekah, Mahmud meninggalkan
wasiat pembahagian harta dan menjodohkan Anuar dengan Mira. Setelah kematiannya, wasiat itu akan dibaca.
Anuar dan Mira begitu kecewa dan sedih dengan isi kandungan wasiat itu sehingga mencetuskan perbalahan.
Bagaimanapun, perkahwinan Anuar dan Mira tetap dilaksanakan juga. Baharum yang hampa, lari membawa diri,
lalu bertemu dengan bekas kekasih Anuar yang menceritakan siapakah Anuar sebenarnya...
|